Friday, December 24, 2010

Miri


Kenapa aku suka miri?

Di sinilah tempat di mana aku boleh mendengar pelbagai bahasa dan yang pasti bahasa pertuturan harian aku kedengaran! Bahasa Vaie! Teringat masa menghadiri kenduri kahwin banyak bahasa yang aku tak tau kewujudan bergema. Bayangkan masa tengah duduk dan pak cik yang tengah melayan kita sebagai tetamu melayan tetamu lain tetapi menggunakan Bahasa Kedayan sebagai medium komunikasi. Wow! Maknanya saudara mara dari Brunei dah sampai. Kemudian kelihatan saudara mara dari keturunan Cina duduk di bahagian hadapan khemah tetamu. Walaupun aku tak kenal seorang pun mereka tapi selalu mendengar daripada orang tua yang selalu menceritakan susur galur keturunun yang berkaitan.

Sekiranya berjalan dalam shopping complex memang sukar hendak menentukan keturunan atau bangsa seseorang melainkan mereka bercakap bahasa masing-masing. Itu pun kalau satu klik atau family menggunakan satu bahasa tapi ada juga yang menggunakan pelbagai bahasa. Satu kepastian di Miri masih menggunakan Bahasa Melayu baku. Harap-harap akan lama bertahan sebab di kawasan Kuching dah kurang penggunaan Bahasa Melayu baku tapi kalau Bahasa Inggeris macam air mengalir keluar. Banyak digunakan.

Miri yang aku suka juga adalah penggunaan beg plastik yang sangat minimum kerana sesiapa yang ingin membeli barang tetapi ingin menggunakan beg plastik dikenakan bayaran tambahan. Pernah aku membeli pencuci muka, sebab terlupa Miri tak akan menyediakan beg plastik melainkan diminta aku hampir menunggu di depan kaunter agar cashier memasukkan ke dalam beg plastik. Nasib baik aku sedar awal kalau tak malu! Pernah juga membeli planta/margerin untuk membuat kek lapis masa Hari Raya Aidilfitri aku terpaksa menyorong trolley ke parking lot. Yes! Aku tak malu sebab semua orang melakukan demikian. Agak janggal jugak sebab pertama kali membeli belah dalam kuantiti yang banyak tapi tak berplastik. Sindrom pelupa walaupun dah bertahun Miri mengamalkan tiada plastik beg.

Aku dan adik laki aku buat pertama kalinya tidur di rumah saudara perempuan aku. Semua mereka perempuan 3 orang. Pada mulanya agak gementar sebab tido di rumah orang perempuan tapi jangan risau berjaya dikawal. Suatu yang pasti tengah malam orang lain tengah tidur tapi kami pergi mengisi gelen dari mesin air untuk mendapatkan air bersih dan x perlu dimasak. Sememangnya Miri menyediakan kemudahan yang sungguh baik kepada penduduknya.

p/s: Aku merepek sebab lama dah tak buka blog