Friday, November 25, 2011

Menghantui

Sepanjang ingatan aku hanya bunyi halilintar membelah kepekatan malam itu masih segar.

Friday, November 4, 2011

Coretan pendek

Luahan perasaan aku.

Serius setiap kali aku on9, kalau aku nampak ko post something tentang orang ko suka mesti aku rasa gembira sebab aku imagine aku orang tu.

Tapi bila ko post something kat wall orang lain aku jadi cemburu dan aku sedar ko bukannya suka aku. Tersentak sebentar dr angan-angan dan khayalan.

Aku suka ko sejak dari first year lagi n aku tetap suka. Ak pernah beli something untuk ko kalu ak pernah pergi kat mana2 tempat tp ak simpan je kat dalam bilik n ak pernah bagi kat org lain walaupun pada asal nya aku beli untuk ko.

Kisah sedih hidup aku.

The end

Sunday, October 30, 2011

Menangis

Masuk bilit aku try tahan diri daripada menangis.
Selepas mandi termenung sebentar nak menangis.
Telefon family pura-pura gembira tapi dalam hati menangis.
Terduduk di atas lantai hampir-hampir menangis
Dalam bas sikit lagi air mata nak keluar menangis.
Pergi library serius menahan air mata nak menangis.
Dalam library bergenang air mata menahan menangis.
Menaip update blog pun rasa nak menangis.
Nak balik bilik pun nak menangis.
Harap perjalanan balik nanti aku mampu menahan menangis

Serius tak pernah aku rasa sampai macam ni.
Tak sangka aku fragile sampai macam ni


Monday, October 3, 2011

Jalan


Terlalu jauh aku tersesat

Menangis, menangis dan terus menangis

Pimpinlah tanganku

Agar ku kembali pulang

Temui pintu kebaikan



Friday, July 8, 2011

Jom mengumpat!

Statement : Cleaner UNIMAS jahat. Diorang curi barang-barang students.

Realiti : Aku lepak-lepak dengan mak cik cleaner siap boleh makan keropok lekor sama-sama. Sampai mak cik tu bagi lagi telur masin yang dia baru beli.

Moral : Sebiji pisang yang rosak dalam setandan pisang tidak menandakan satu tandan tu rosak.

Killing words: Yes we tend to jump to a conclusion about something. Talking shit about others behind their back and the fact is we know nothing about them!

p/s: aku pun selalu jugak mengumpat orang and i'm really regret when i did it!

Tuesday, May 10, 2011

Hari-hari Keputusan


Antara perkara yang aku pelajari dari ibuku.

Pernah aku ceritakan kepada mak aku tentang perkahwinan. Aku cakap " Mak kahwinkanlah Apik pada mana-mana perempuan yang mak suka " . Aku sangat terkejut atas jawapan yang mak aku berikan kerana jauh dari yang aku sangkakan sebab tak macam dalam drama/filem *selalunya mak yang mengatur perkahwinan anaknya. Mak aku cakap " Mak tak nak cari menantu takut jadi sesalan kemudian hari. Nanti mak yang dipersalahkan menjodohkan salah pilihan. Buatlah pilihan sendiri ".

Senario kedua pulak. Aku baru saja membeli sebuah telefon Sony Ericsson yang berharga sangat mahal. Rasanya tak perlu aku katakan harganya di sini. Sepatutnya reaksi seorang ibu akan cakap " Membazirnya membeli telefon mahal-mahal nanti gunanya SMS dan Call " dan sesungguhnya sangkaan aku salah lagi. Mak aku berduet bersama mak cik aku cakap " Tak apa biar ja nanti untuk jadikan pengalaman di kemudian hari ". Lama aku fikir dan aku sedar baru sekarang sebabnya.

Kedua-dua senario yang aku paparkan tadi mengenai keputusan yang kita buat. Ya! Keputusan yang kita buat! Tentang apabila telah membuat keputusan jangan sesekali menyesal dengan keputusan yang dibuat.

Friday, May 6, 2011

Hari-hari Benci


Tiba-tiba teringat keluarga dan rumah. Maklumlah hujung semestar semua orang tengah sibuk berkemas dan balik rumah. Ok! Stop! Tak berkaitan tajuk pun perkara yang aku tulis. ^.^Cepat kembali ke pangkal jalan <---makin merepek LOL.

Teringat masa kanak-kanak dulu. Pak Cik aku merupakan seorang pemimpin di kawasan aku. Bolehlah aku katakan dihormati oleh semua bangsa di sekitar. Pandangan beliau sangat diambil kira oleh semua penduduk sekitar sehingga lah sampai penyelesaian segala masalah atau pergaduhan.

Teringat satu kisah dia menyelesaikan masalah gaduh sampai kedua-dua pihak yang minta rundingan gaduh lagi depan pak cik aku sampai tahap masing-masing melontarkan kata-kata nak bunuh satu sama lain. Tapi dengan tenangnya pak cik aku cakap :

" Buat apa nak bunuh ni , tak menyelesaikan masalah nanti lambat laun semua mati jugak. Baik bawa berbincang selesaikan masalah bersama. Ada juga faedahnya ".

Itulah antara sebab kenapa aku jarang bergaduh. Walaupun dalam hati ada perasaan benci dan marah. Baik diam dan teruskan hidup =)

Saturday, April 30, 2011

Hari-hari Menangis

Sepanjang aku menjejak kaki ke sekolah menengah hingga sekarang rasanya aku menangis dalam keadaan yang kritikal hanya tiga kali atas sebab-sebab yang berbeza:

1. Semasa tingkatan 3 - lupa bila
2. Tingkatan 3 - sebulan sebelum PMR
3. Perpisahan PLKN

Hari-hari mendatang terlalu indah untuk menangis

Senyum!






Thursday, April 28, 2011

Hari-hari Kekuatan

Hujung semester yang sangat banyak cabaran. Aku asyik terfikir masalah tapi lupa penyelesaian. Last-last aku tersedar bila dapat mesej daripada kawan aku yang berbunyi:

" Well, just wanted to let you know. Maybe kau akan rasa kehilangan, tapi ya untuk nk terbaik. New emergences, replace the old. The world must kept spinning somehow " - Rizal,2011

Lalu tersentak aku and yes i have a reason to keep moving forward.

Monday, April 18, 2011

Count On Me - Bruno Mars

Songwriters: Bruno Mars; Phillip Walter Lawrence; Ari Levine

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three, I'll be there
And I know when I'm needed
I can count on you like four, three, two, and you'll be there
'Cause that's what friends are supposed to do

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three, I'll be there
And I know when I'm needed
I can count on you like four, three, two, and you'll be there
'Cause that's what friends are supposed to do

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You know you can count on me like one, two, three, I'll be there
And I know when I'm needed
I can count on you like four, three, two, and you'll be there
'Cause that's what friends are supposed to do

You can count on me 'cause I can count on you



Memang betul kata seorang kawan masa aku sekolah dulu. Kalau bercinta jangan sayang bagai nak gila sehingga kawan-kawan dilupakan bahkan boleh bergaduh sebab orang yang dicinta. Kerana akhirnya kalau dalam masalah kawan-kawan juga yang akan membantu dalam kesusahan bukannya insan yang kita anggap kekasih.



Sunday, April 17, 2011

Mitongkiad kito - Linda Nanuwil

Okon ko tomodon ku
Moboros pitongkiadan
Kuroyon di ginawo ku
Awu milo lisokon poh
Mitongkiad kito

Kada kaus oi koupusan
Pitongkiadan nopo diti
Kopupuson kogos piginawaan
Iti noh sinimbaran toh
Mitongkiad kito

Chorus:
Ika noda kumoinsan
Ika noda kopupuson
Tiad ku om tiad nuh
Sinding pitongkiadan toh

Ralan di pinili toh
Ralan do kopupuson
Koruol do ginawo
Noowit ku minatai
Mitongkiad kito
Mitongkiad kito


Kita Berpisah
bukan sengaja ku cakap perpisahan ini,­ ­
apa boleh buat hati saya x boleh disimpan­ ­,

jangan ambk hati oh sayangku,
sya lepaskan kerinduan ini,
terikat rindu

inilah jawapan
kita berpisah,

chorus:
ko sebenarnya yg pertama dan terakhir tangis ku dan tangis mu­ ­

inilah lagu perpisahan kita,
jalan yang kita pilih,
pada penghujung jalan hatiku sakit,
ku bw pegi mati,
kita berpisah,
kita berpisah

*Terima kasih buat saudari
Venessa Venda Vitales kerana sudi menterjemah lagu Mitongkiad kito - Linda Nanuwil daripada Bahasa Dusun. Terima kasih banyak-banyak.

Tuesday, April 12, 2011

Jangan kecewakan orang yang mencintai kamu.....

by Alyaa Kamil on Tuesday, August 31, 2010 at 8:59pm

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.



9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya

*taken from:

http://www.facebook.com/note.php?note_id=146472232054215&id=1499555394

Sunday, April 10, 2011

Tinggal Kenangan - Gabby

*
Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin ku lupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
di sini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih - 2X

*ulang

Saturday, April 2, 2011

Dulu & Kini


kedengaran bunyi unggas berkicau
kerdipan bintang bersinar-sinar
air jernih kelihatan kelibat si anak ikan
berenang-renang kegembiraan

disatu sudut
kelihatan si petani membanting tulang
mengerah tenaga
mengerah keringat
bercucuk tanam menunggu hasil
titik usaha

suasana desa cukup kelihatan
perpaduan utuh
tidak mengira warna kulit
atau latar belakang

itu gambaran dahulu
kini zaman sains dan teknologi
adakah ank bangsaku peka?
adakah anak bangsaku sedar?

dalam mengejar dunia
mereka alpa santun bicara
mereka lupa hormat setia
mereka leka santun budaya

ayuh anak bangsaku
kita bangkit
jalinkan tali perpaduan yang rapuh
rapatkan jurang yang ada
eratkan rekah yang nyata

elakkan anasir luar
mencucuk-cucuk jarum durja
memperkotak katik keamanan
yang telah lama kita bina

biarkan perbezaan kita
satu kekuatan
kesatuan dalam kepelbagaian
merealisasikan 1Malaysia.

*Sebenarnya sajak ni aku buat sebelum beberapa minit sebelum pertandingan.
Bayangkan ketika briefing aku dan kawan aku sebab sajak mesti hasil sendiri.
Wargghhhhhh!!!! Macam cacing kepanasan dah aku dan kawan aku siapkan sajakt. Siap-siap je terus gigliran aku. Takkan terberaknya aku kat atas pentas tu redah je lah dengan musik tak ada dan kertas yang besar aku bawa langsung tak hafal pun. hehehehe


Tapi....jeng....jeng....jeng....aku dapat No.2! Pertandingan Puisi 1Malaysia@UNIMAS! WoW!

Hadiahnya:

RM80/-
Hamper yang besar!
dan plak kalu tak silap nama benda tu >.<

apa-apa pun TNC Hal Ehwal Pelajar & ALumni UNIMAS, Prof Mohd Fadzil bin Abd Rahman mendeklamasikan sajak sungguh menusuk hati

*x wajar rasanya dapat no.2 sebab bahasa dan tatabahasa lari lintang pukang hohohoho

Thursday, March 31, 2011

Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat Amdan

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat Amdan

Wednesday, March 30, 2011

Regret!

Don't talk bad about others behind their back otherwise you will regret it for the whole of your life

I'm really sorry Shachess Qaspie because not there when you really need someone to talk and someone to share your burden.

May you rest in peace

Al-Fatihah

Thursday, March 17, 2011

Kepercayaan

‎" Berada dalam satu kapal tidak bermakna anda sebahagian daripada kelasinya T.T " - A.Murni,2011

Saturday, March 5, 2011

Mimpi

Mimpi datang lagi
menangis sendirian
sunyi sepi di sudut itu
kembali kosong
tiada berwajah
mimpi menerjah
bangunlah dari tidur
kembali senyum

Friday, February 18, 2011

Minggu yang seronok!

Pertandingan Bahas Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Fakulti Sains dan Teknologi Sumber
Anjuran PERSAINTEK
dengan kerjasama Kelab D'oretor dan English Debate Society Club
BS1 & BS2, CTF1, UNIMAS
13 Februari 2011



Amanat Naib Canselor UNIMAS
Dewan Utama,UNIMAS
16 Feb 2011



Maulidurasul Peringkat Negeri Sarawak
Kota Samarahan,Sarawak
15 Februari 2011



Ceramah Maulidurasul
DK,CTF1, UNIMAS
15 Februari 2011



Teater Sik Mok Rasuah
Kolej Bunga Raya & Experimental Teater, UNIMAS
Februari 2011



Annual Grand Meeting Badan Budaya UNIMAS ( BAYU)
Experimental Teater, UNIMAS
16 Februari 2011

Saturday, January 29, 2011

Tom Yam

Tarikh : 29 Jan 2011
Hari : Sabtu

Aktiviti : Makan TOM YAM ramai-ramai di ruang apartmen rumah


Tukang masak:


Sangat misteri tukang masak ni =)


Pemakan yang rakus:



Nampak macam ala-ala mafia pun ada =)

Aku punya bahagian hanya makan dan cuci pinggan. Maaflah tukang masak sekalian sebab tak ada kepakaran dalam masak-masak. Lain kali masak lagi. =)

Thursday, January 20, 2011

Becoming a future zoologist!


Aktiviti menangkap serangga di sekitar UNIMAS.

Bersama-sama 3 orang teman yang sememangnya sangat gembira dan ringan tangan menolong mendapatkan spesimen yang diperlukan. Walaupun bukan kos diorang tapi sanggup tolong aku. Kadang-kadang pertolongan mereka sangat aku risau sebab aku tak tau macam mana nak balas nanti.

Ops! Jom berkenalan dengan 3 orang ni.

Akram , Naza dan Syakir.

Mari berkenalan dengan baju merah.

Nama: Akram
Fakulti : Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Kursus: Sains Kognitif

Baju hitam

Nama: Naza
Fakulti: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
Kursus: Sinematografi

Baju hijau

Nama: Syakir
Fakulti: Fakulti Sains dan Teknologi Sumber
Kursus: Sains Pengurusan Sumber Tumbuhan

Ada juga aku berangan kalau keempat-empat kitorang bergabung mesti hebat. Akram buat database untuk semua specimen yang ada untuk dikatalogkan. Naza sebagai dokumentasi yang ala-ala National Geographic. Manakala Syakir pulak sebagai ahli nutrisi dan pakar dalam habitat haiwan yang ada. Aku pulak seorang ahli zoologi yang pakar dalam bidang taxonomy haiwan. Wah semua akan hebat dalam bidang masing-masing tapi semua tu hanya angan-angan aku.

Terima Kasih semua.