Wednesday, January 18, 2012

Surat Rasmi

*Sila kesan kesalahan ^__^


Dr Sopian bin Hj Bujang,

Pengetua,

Kolej Bunga Raya,

Universiti Malaysia Sarawak,

94300 Kota Samarahan,

Sarawak.

Rafik bin Murni,

K5/A6/G/4B,

Kolej Bunga Raya,

Universiti Malaysia Sarawak,

94300 Kota Samarahan,

Sarawak. 19 Januari 2012

Tuan,

Rayuan Menetap di Kolej Bunga Raya Semester Dua Sesi 2011/2012

Merujuk perkara di atas, surat ini ditulis untuk mendapat pertimbangan pihak tuan bagi rayuan menetap di Kolej Bunga Raya Semester Dua Sesi 2011/2012 .

2. Hal ini kerana saya tidak dapat menghantar buku kehadiran aktiviti pelajar, kolej kediaman pelajar sebelum tarikh tutup atas alasan-alasan tertentu.

3. Untuk makluman pihak tuan saya juga merupakan antara pelajar yang aktif Semester Satu Sesi 2011/2012. Antaranya, saya mewakili Kolej Bunga Raya dalam pertandingan Citarawarna Pesta Konvokesyen 2011 dan kami memenangi tempat kedua serta kostum terbaik. Selain itu, saya juga ahli KEBAYA dalam Unit Koir.

4. Saya berjanji perkara seperti ini tidak akan berulang lagi dan sekiranya rayuan saya diluluskan saya akan aktif dalam aktiviti kolej bagi semester hadapan.

5. Saya berharap rayuan saya ini dipertimbangkan oleh pihak tuan dan keprihatinan pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,


(Rafik bin Murni)