Friday, October 26, 2012

Lab Work

25 Oktober 2012
Vanue : Office Prof. Dr. Mohd. Tajuddin Abdullah
Time : 4.00 pm

Perkara : Meeting masuk lab

Yup! Hari ni Prof T suruh kitorng bincang tentang penggunaan lab bersama Milawati & Licia.

Tulis dlam log book setiap kali masuk n kluar lab.

Jimat pakai Taq 0.2 microlit sbb byak pembaziran.

Pakai Cyt-b dulu bila semua dah siap baru buat guna CO1 amd CO11.

After field trip akan pergi masuk lab. Nak habiskan semua kerja lab dalam semester 1 sesi 2012/2013. Target!

Until 25 Oktober 2012 extract tissue B. maculata :

Bau : 6
Niah : 8
UNIMAS : 3
Sebako, Sematan : 3
Murum Camp : 1
ITM site : 2
Kg. Giam : 1
Gunung Pueh, Sematan : 2
Lubok Simpon, Pahang - 1
Similajau : 1
Matang Wildlife Centre, Kuching - 1

Semoga semuanya berjalan dengan lancar :)

Tuesday, October 23, 2012

FYP

Title : Population Genetic of Spotted-Winged Fruit Bat (Pteropodidae: Balionycteris maculata) in Sarawak.

Supervisor : Roberta Chaya Tawie anak Tingga
Co-supervisor : Prof. Dr. Mohd. Tajuddin bin Abdullah

Status : Ongoing final year project starting September 2012.

Image retrieved from : http://www.wildborneo.com.my/default.php 


Monday, October 22, 2012

Stranger

Sempat bercerita dengan Farid aku rasa hubungan aku dengan seseorang dah renggang. Farid cakap "Ye ke? Bukan korang sebelum ni memang kenal awal sebelum aku kenal ke? " Tiba-tiba segala memori bersama keluar. Nak kata salah macam betul dan nak kata betul macam salah. Sekarang yang aku pasti bila berjumpa aku angkat tangan. Yup cara menyapa orang yang biasanya aku kenal muka tapi tak kenal nama. Owh sampai begitu sekali kejanggalan dan jauh terpisah. Ya memang aku akui cara aku melambai memang banyak cara. Hanya angkat tangan bila jumpa orang yang dikenali atas wajah nya saja tp bukan nama, angkat tangan sambil melambai-lambai itu maksud aku kenal nama dan wajah tapi masih kurang selesa dan yang terakhir angkat tangan diiringi dengan suara yang tinggi itu maksudny aku selasa dengan orang yang aku jumpa. Owh dunia , kita tak mahu berubah tapi tetap berlaku perubahan. Enjoy your life ^^

Friday, October 19, 2012

Berubah


Semua manusia berubah. kadang-kadang kita tak mahu semua itu tapi hakikat sememangnya perit. Ya pernah jugak terasa dulu bagai isi dengan kuku tapi tiba-tiba satu hari ada pulak rahsia yang tak boleh aku dengar. Terfikir jugak adakah ini sebab tak sebulu? Atau adakah sebab aku ni tak sama status yang kononnya hanya golongan tertentu saja patut dengar? Ya itulah dunia. Kadang-kadang kita ingin berada dalam satu kelompok dan cuba sedaya upaya mahu masuk serta diterima semua. Agak kecewa tapi tak mengapa kerana kamu sudah anggap aku begitu. Sudah tentu bukan masanya juga untuk aku menunggu dan masih terpacak di situ. Baik aku angkat kaki dan teruskan kehidupan.


Wednesday, October 17, 2012

Sejuk

kabus menyelubungi 
terasa kesejukan sampai ke tulang 
tak terdaya ingin mengorak langkah 
mati di situ 
kaku seribu bahasa

Wednesday, January 18, 2012

Surat Rasmi

*Sila kesan kesalahan ^__^


Dr Sopian bin Hj Bujang,

Pengetua,

Kolej Bunga Raya,

Universiti Malaysia Sarawak,

94300 Kota Samarahan,

Sarawak.

Rafik bin Murni,

K5/A6/G/4B,

Kolej Bunga Raya,

Universiti Malaysia Sarawak,

94300 Kota Samarahan,

Sarawak. 19 Januari 2012

Tuan,

Rayuan Menetap di Kolej Bunga Raya Semester Dua Sesi 2011/2012

Merujuk perkara di atas, surat ini ditulis untuk mendapat pertimbangan pihak tuan bagi rayuan menetap di Kolej Bunga Raya Semester Dua Sesi 2011/2012 .

2. Hal ini kerana saya tidak dapat menghantar buku kehadiran aktiviti pelajar, kolej kediaman pelajar sebelum tarikh tutup atas alasan-alasan tertentu.

3. Untuk makluman pihak tuan saya juga merupakan antara pelajar yang aktif Semester Satu Sesi 2011/2012. Antaranya, saya mewakili Kolej Bunga Raya dalam pertandingan Citarawarna Pesta Konvokesyen 2011 dan kami memenangi tempat kedua serta kostum terbaik. Selain itu, saya juga ahli KEBAYA dalam Unit Koir.

4. Saya berjanji perkara seperti ini tidak akan berulang lagi dan sekiranya rayuan saya diluluskan saya akan aktif dalam aktiviti kolej bagi semester hadapan.

5. Saya berharap rayuan saya ini dipertimbangkan oleh pihak tuan dan keprihatinan pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,


(Rafik bin Murni)