Friday, December 24, 2010

Miri


Kenapa aku suka miri?

Di sinilah tempat di mana aku boleh mendengar pelbagai bahasa dan yang pasti bahasa pertuturan harian aku kedengaran! Bahasa Vaie! Teringat masa menghadiri kenduri kahwin banyak bahasa yang aku tak tau kewujudan bergema. Bayangkan masa tengah duduk dan pak cik yang tengah melayan kita sebagai tetamu melayan tetamu lain tetapi menggunakan Bahasa Kedayan sebagai medium komunikasi. Wow! Maknanya saudara mara dari Brunei dah sampai. Kemudian kelihatan saudara mara dari keturunan Cina duduk di bahagian hadapan khemah tetamu. Walaupun aku tak kenal seorang pun mereka tapi selalu mendengar daripada orang tua yang selalu menceritakan susur galur keturunun yang berkaitan.

Sekiranya berjalan dalam shopping complex memang sukar hendak menentukan keturunan atau bangsa seseorang melainkan mereka bercakap bahasa masing-masing. Itu pun kalau satu klik atau family menggunakan satu bahasa tapi ada juga yang menggunakan pelbagai bahasa. Satu kepastian di Miri masih menggunakan Bahasa Melayu baku. Harap-harap akan lama bertahan sebab di kawasan Kuching dah kurang penggunaan Bahasa Melayu baku tapi kalau Bahasa Inggeris macam air mengalir keluar. Banyak digunakan.

Miri yang aku suka juga adalah penggunaan beg plastik yang sangat minimum kerana sesiapa yang ingin membeli barang tetapi ingin menggunakan beg plastik dikenakan bayaran tambahan. Pernah aku membeli pencuci muka, sebab terlupa Miri tak akan menyediakan beg plastik melainkan diminta aku hampir menunggu di depan kaunter agar cashier memasukkan ke dalam beg plastik. Nasib baik aku sedar awal kalau tak malu! Pernah juga membeli planta/margerin untuk membuat kek lapis masa Hari Raya Aidilfitri aku terpaksa menyorong trolley ke parking lot. Yes! Aku tak malu sebab semua orang melakukan demikian. Agak janggal jugak sebab pertama kali membeli belah dalam kuantiti yang banyak tapi tak berplastik. Sindrom pelupa walaupun dah bertahun Miri mengamalkan tiada plastik beg.

Aku dan adik laki aku buat pertama kalinya tidur di rumah saudara perempuan aku. Semua mereka perempuan 3 orang. Pada mulanya agak gementar sebab tido di rumah orang perempuan tapi jangan risau berjaya dikawal. Suatu yang pasti tengah malam orang lain tengah tidur tapi kami pergi mengisi gelen dari mesin air untuk mendapatkan air bersih dan x perlu dimasak. Sememangnya Miri menyediakan kemudahan yang sungguh baik kepada penduduknya.

p/s: Aku merepek sebab lama dah tak buka blog

Friday, November 26, 2010

Tentang Kawan-kawan - Fynn Jamal

di mana kalian masa tahun baru?
aku bersama teman-teman aku
sebab aku rasakan tahun baru itu
seharusnya disambut dengan orang-orang terkenal olehmu
ada orang kata " Hye Fynn, sudah glamer sekarang "
" Bagaimana rasanya? "
Aku katakan biasanya " Biasa saja. "

sejujurnya aku ini bencikan dunia yang baru kurasakan
sejujurnya aku rasakan dunia baru ini penuh manusia plastik saja
kawan sana kata " Hey, Fynn " , " Hai, hello " , " Sini! "
aku katakan "Haa okeylah " , " Hehe. Apa khabar? "
semua tak faham, semua kata " Hey sombongnya "
Tapi ku katakan " Hey inilah Fynn sebenarnya "
Berapa orang yang kau boleh bilang menjadi kawan-kawan?
berapa orang yang boleh bersama-sama , teman?
berapa orang yang kau rasakan memang sebenarya kawan dalam jiwa?

sebab sebenarnya berapa orang aja yang kita betul-betul kenal?
yang tahu apa makanan kegemaran
yang tahu apa yang kau rasakan
yang boleh tahu kau sedang menangis ketika kau sedang tersenyum

berapa orang yang hilang bila kau katakan kawan, kawan?
berapa orang yang boleh kau katakan teman?
semuanya ketika ada duit saja
ketika ada rumah
ketika ada segalanya
berapa orang yang benar-benar kenal engkau?
di luar, di dalam siapa yang kenal engkau?
hanya keluarga
hanya satu dua tiga
yang lain semua
sampah belaka

satu hari itu aku pergi sana
lepas tu orang cakap " Anak pontianak! (2X) "
aku katakan " Bukan. Bukan. Bukan "
kemudian dia kata " Betulkan..? "

ku tak suka dunia baru ini
ku tak suka
bukan kerana apa
bukan kerana kerek
tapi ku tak suka

kerana berapa orang yang kau boleh bilang kawan?
berapa orang yang boleh kau bilang teman

Wednesday, November 24, 2010

walk in unimas path of life...



Tajuk : walk in unimas path of life...
Penulis : Ong Cheng Guan
Tempat : UNIMAS
Tarikh :24112010
last poem of this sem Apik Murni

i did not done something stupid
i did care of u ,i care of!
the moon in the face
the scar of my heart...is deep
i make a mistake...
no ways it can be heal...
just make it go away....i let it be....
stay in a box of my life.....

p/s macam sedih je....but conclude of this sem.
Ini adalah last sajak yang dikarang oleh kawan aku. Memang betul kena dengan segala yang berlaku semester 1 sesi 2010/2011. Thanks a lot and may God bless you.

Monday, November 22, 2010

Fly n walking in UNIMAS -1




My first poem yang orang tulis dan dedikasikan kepada diriku ini.

Tajuk : Fly n walking in UNIMAS -1
Penulis: Ong Cheng Guan
Lokasi : UNIMAS

i would like to dedicate my tension poem to u...hahaaaa

fly in the jungle i saw beruk
jump in the river i saw ikan( anyfish that u can think of)
walk to brc
lagi lagi muka apik at notic(carta jpk brc)
back to my room
fb lah.

Kasihan buat kawan aku sebab dia tension exam but this is really a nice poem. Sangat baik hati dan mampu meluahkan apa yang terkandung dalam hati melalui bait-bait ayat. I can feel the emptiness. Love it! >.<

Monday, November 15, 2010

Mitos Keamanan

Langit cerah menjadi terang
dentuman nan jauh kedengaran
membelah sunyi alam
butir-butir peluru tak kenal sasaran
tidak mengenal siapa tuan
tidak mengenal siapa lawan
terus menembusi raga berjiwa

Tangisan si kecil bergema
sayup-sayup di udara
di celah ribut pertempuran
terkapai-kapai mencari tempat berpaut

Mungkinkah pernah terlintas di benak fikirannya
kenapa ini semua terjadi?
kenapa aku mangsanya?
adakah ini takdir bangsa ku?
pupus di hujung perang

Sesekali
potong-potong kenangan menerjah
cemeka wajah ayah dan bonda
tersenyum riang
menanti saat dewasa
tapi itu hanya kenangan

Cebisan-cebisan daging mentah
menutupi bumi
darah mewarnai tanah
menjadi hanyir kemerahan
gadis-gadis sunti
dicincang-cincang sucinya
dirobek-robek maruahnya
diperlakukan seperti boneka galaknya

Keamanan dinanti tidak kunjung tiba
peperangan terus bermaharajalela
hati membengkak melihat telatah sang durjana
memacukan senjata ke muka
meruntuh pusat ibadah
mengganyang pusat ilmu
menabrak tamadun yang dibina
demikian perilaku manusia ahmak
demikian wajar terlaknat dihukum

Petualang apa namanya ini?
kemusnahan beraja bernafsu
mana mungkin terbayar
nyawa-nyawa yang terlucut dari jasadnya
dirampas tanpa rela sang empunya

Dunia bagaikan terus terpaku
tangan dan kakinya dipasung
hanya terdaya menghambur kata bantahan
tidakkah mereka sedar
insan lemah terus diratah

Mari kita bergandingan bahu
hulurkan tangan
ringankan beban
agar sinar harapan bertunas kemabali
berkembang mekar mewangi
memecah mitos keamanan

Apik Murni
Labuan, 2009

Roslina dan Apik

Sajak yang aku tulis dan deklamasikan semasa mewakili Kolej Matrikulasi Labuan (KML) ke Port Dickson sempena Minggu Kreatif dan Inovasi Matrikulasi 2009. Walaupun tidak mendapat tempat tapi tahniah buat kawan aku Roslina sebab dia dapat tempat ke-3 >.<

Pernah dideklasmikan semasa Pesta Konvo UNIMAS ke-14 (Malam Penghayatan Islam)

Sepanjang ingatan aku, semasa sekolah menengah aku pernah masuk pertandingan mendeklamsikan sajak semasa tingkatan 3 dan merupakan pengalaman yang sangat memalukan. Terima kasih kepada Mr Emanuel Godsung @ Mr E atas galakan agar mengikuti pemilihan wakil sajak KML. Sebenarnya untuk menambah keyakinan sebab masa tu ada imengkuti pemilihan juruacara. Tajuk untuk sajak yang aku deklamasikan pada masa itu memang aku tak ingat sebab semuanya last minit. Tapi tidak di sangka masuk final dan terus mewakili KML. Yippi!!

Sherina (sekarang berada di UNIMAS mengaji Jurusan Kejuruteraan Kimia) WOW!! Dialah mentor yang mengajar aku teknik dan cara bersajak. Tidak pernah aku mendengar orang bersajak sampai kita rasa berdiri bulu roma tapi dialah orang pertama yang berjaya bersajak sampai tahap begitu. Sampai sekarang belum lagi masanya aku berjaya mengatasi dia.

Seterusnya mestilah pensyarah KML, Unit Dinamika Kemahiran.

Roslina, teman seperjuangan yang hebat juga bersajak.

Wan Fareez (Zoology Tahun 2 UNIMAS) atas kritikan yang membina dan tip-tip membuat sajak.

Rakan sebilik Goh (Story Telling, MiKIM 2009), Alvin dan Shahril atas kesabaran mendengar aku melalak menghafal sajak setiap hari.

Allahyarham Shahir yang memberi kritikan yang sangat telus merangkap jiran bilik.

Sokongan Tutorial H6T36 yang sangat berapi!

Kepada semua yang memberi sokongan.

Sayang kamu semua!


Saturday, November 13, 2010

Morning

Open my eyes
Looking outside from my window
A girl with a blue bra
a free breakfast
oh, really a blessing morning


*My first poem in English. Hope everyone enjoy it >.<

I Dreamed A Dream - Susan Boyle


I dreamed a dream in time gone by
When hope was high and life worth living
I dreamed that love would never die
I dreamed that God would be forgiving

Then I was young and unafraid
When dreams were made and used and wasted
There was no ransom to be paid
No song unsung, no wine untasted

But the tigers come at night
With their voices soft as thunder
As they turn your hope apart
As they turn your dreams to shame

And still I dream he'd come to me
That we would live our life together
But there are dreams that cannot be
And there are storms we cannot weather

I had a dream my life would be
So different from the hell I'm living
So different now from what it seemed
Now life has killed the dream I dreamed


Mendengar lagu I Dreamed A Dream ini buat kali pertamanya terus menusuk ke kalbu. Terngiang-ngiang dalam fikiran. Suara penyanyinya Susan Boyle memang menyebabkan bulu roma berdiri. Superb!

Kadangkala dalam kita melalui kehidupan yang serba sibuk kita terlupa akan impian dan harapan kita. Yup! Memang saya akui pernah mengalaminya sehingga kita terasa sangat kecil dan tidak berguna. Kesabaran dan ketabahan menghadapi segala dugaan mengajar kita agar kita lebih berhati-hati dimasa akan datang. Tidak semua yang berlaku kepada kita perlu dihebohkan pada satu dunia dan jika kita tidak pernah memberitahunya kepada sesiapa tidak bererti perkara itu tidak pernah berlaku.

"Keep your heart open to dreams. For as long?as there's a dream, there is hope, and as long?as there is hope, there is joy in living." - Anonymous

Jangan takut untuk bermimpi kerana tidak semua mimpi adalah mimpi ngeri >.<

Friday, November 12, 2010

Masak

Wah kenyangnya!
Lepas makan nasi yang sangat simple tapi sangat sedap.

Bahan-bahan:
  • beras lama (baru jumpa dalam bilik) - 1 cawan 1/2
  • serbuk megi cukup rasa - ikut kehendak tetamu
  • air - 4 cawan
  • bawang putih (untuk menghalau vampire) - 3 ulas

AJK Pelaksana:
  • Pengarah projek : Sheedy
  • Tukang masak istana : Shark
  • Pembantu chef : Apik
  • Tetamu kehormat : Mathew & Ammar

Terima kasih kepada tetamu kehormat yang sudi mencemar duli merasa penderitaan rakyat.

Kadangkala penderitaan yang dialamai oleh insan yang kurang upaya dengan kehadiran makanan yang tidak seberapa adalah sangat bermakna bagi meraka.

Tiba-tiba terfikir sejenak mungkin begini atau lebih teruk lagi masa peperangan zaman dulu di mana hanya ubi kayu menjadi alas perut. Sangat beruntung generasi Y yang hidup dalam dunia yang serba lengkap dengan keperluan asas yang selesa.

Kehidupan yang mendesak menyebabkan manusia ingin keluar dari kebiasaan dan mencari penyelesaian kepada masalah yang ada. Walaupun pada asalnya ingin membuat nasi goreng tetapi bahan tidak mencukupi tetapi berkat kesabaran dan usaha yang gigih dilakukan oleh Tukang Masak Istana menyebabkan kami dapat merasa menu baru menggunakan alat masak yang pasti bukan periuk nasi.

Pengalaman yang sungguh bermakna dan diharap pada masa akan datang kita dapat lagi bekerjasama dengan jayanya.

Syabas diucapkan >.<

“Purification of the Heart” by Hamza Yusuf


Let me try and help you understand why I feel this is one of the most important books I’ve read all year.

In this, basically a simple book about what makes human beings unhappy and how they might find a way out, I found many of my hunches confirmed.

For example, about five years ago, I was in India to teach physically challenged children at the Association of People with Disabilities (APD) in Bangalore.

While there, I found these students to be surprisingly happy and affectionate, even the ones with extremely twisted limbs and faces.

I was very sorry to leave when I had to. In fact, I was more sorry for me than I was for them, because it was there I discovered that the best way to fill an empty heart is by giving love.

Yes, giving more than taking. For it is a curious thing, love. The more you give, the more you have.

As I boarded the airplane to leave India, I picked up a Malaysian newspaper, to keep abreast of what’s current at home. But the bit of news that struck deep for me was that of a Malaysian teenager who had committed suicide for no apparent reason.

There was a photograph of him, a beautiful 15-year old lad, an excellent student, an accomplished sportsman, and a pretty girlfriend who got along just fine with his reasonably well-to-do parents.

It was a mystery. No one, neither friend nor family, could figure out why, someone so well loved by all, would want to take his own life like that.

Comparing this Malaysian boy with my students at APD Bangalore, I couldn’t help but conclude. If the body is able, the mind agile, and the stomach full, but the heart is empty, your whole world can crumble.

But if the heart is full from giving love, but everything else is wanting, there is a chance of survival.

Now back to the book. “Purification of the Heart” by Hamza Yusuf more or less sealed my personal hunches about the human heart. But it does it one better because it leads you to heartwarming quotes from the Holy Quran and the sayings of the Prophet Muhammad, peace be upon him.

“On the Day of Judgment, no one is safe, save the one who returns to God with a pure heart.” – Holy Quran

“Surely in the breasts of humanity is a lump of flesh, if sound then the whole body is sound, and if corrupt then the whole body is corrupt. Is it not the heart? – Prophet Muhammad

How then should we go about cleansing our hearts of corruption? In his book, Hamza Yusuf quotes Imam Mawlud in saying that it is impossible to rid oneself of these diseases completely, implying that purification is a life-long process, not something to be applied once and then forgotten.

And so we are taken on a simple, comprehensive journey through this book. Each chapter begins with the ‘disease’, followed by a suggested treatment for that disease.

For example, on page 22, Miserliness is identified as a disease. And to define it further, two quotes from the Quran:

“O you who believe, spend from the good things you have earned and from what We brought out for you from the earth. And do not seek what is inferior in order to spend from it, though you yourselves would not take it unless your eyes were closed to it.” – 2:267

“You will not attain to righteousness until you spend of what you love.” – 3:92

And at the end of the chapter on Miserliness, lies a suggestion of treatment.

“The treatment for miserliness is realizing that those who achieve wealth usually do so only after exhausting themselves over long periods of time, working day and night. Meanwhile, life passes on and time runs out. The culture of wanting more simply for more’s sake can occupy a person for an entire lifetime. And in the end, life is over. It terminates for the beggar and the affluent just the same…”

In this manner, we are introduced to one disease after another - Miserliness, Wantonness, Hatred, Iniquity, Love of The World, Envy, Fear of Poverty, Ostentation, Relying on Other Than God, Displeasure with the Divine Decree, Vanity, Anger, Obliviousness, the list goes on – with treatment happily at hand.

The chapter on Hatred was particularly poignant for this reader. For in it, lies this quote:

The Prophet once said to his companions, “Do you want to see a man of Paradise?” A man then passed by and the Prophet said, “That man is one of the people of Paradise.” So a companion of the Prophet decided to learn what it was about this man that earned him such a commendation from the Messenger of God. He spent time with this man and observed him closely. He noticed that he did not perform the Night Prayer vigil (Tahajjud) or anything extraordinary. He appeared to be an average man of Madinah. The companion finally told the man what the Prophet had said about him and asked if he did anything special. And the man replied, “The only thing I can think of, other than what everybody else does is that I make sure that I never sleep with any rancour in my heart towards another.” That was his secret.

I was inspired. Inshaallah, you will be too.

*The original post by Yasmin Ahmad: the storyteller

Hargai

Wah! Letihnya! Itu yang dapat aku bayangkan perjalanan hari ini. Memang hari ni exam, core subjek untuk kursus aku "Statistic". Serius! Aku tidak belajar sebab tak masuk dalam kepala. Hanya mendengar ipod sampai habis bateri sehingga waktu pagi.

Kemudian bebanyak terima kasih kepada Mohamad Syakir a.k.a Shark sebab jasa dia hari ni sangat besar.

  • Mengejutkan aku pagi untuk exam Statistik. Kalau xda sapa-sapa yang gerakkan mesti tak duduk untuk paper statistik. Kesabaran dia teruji apabila berkali-kali dia gerakkan. Thanks again.
  • Yang ni paling best, walaupun dia lapar tak makan tengahhari sebab exam. Dia sanggup menemankan aku pergi jogging yang jaraknya bukanlah dekat tapi sangatlah jauh. Dari Kolej Bunga Raya mengelilingi Hutan Zoologi dan destinasi terakhir Tasik UNIMAS >.<

Kadangkala kita terlepas pandang perkara yang kita anggap kecil tapi sebenarnya satu yang amatlah mempengaruhi hidup kita.

Teringat iklan yang bertajuk "Funeral". Sangat bermakna dan wajar kita ambil ikhtibar.

Ketidaksempurnaan kita yang melengkapkan kita semua.

Sayangilah kawan, keluarga dan persekitaran anda >.<


Wednesday, November 10, 2010

Quote

Setelah mencari quote yang sememangnya kena dengan diri. Tahniah to Oprah sebab memberi kata-kata yang sungguh bermakna. Love u so much!!! >.<


‎" You are responsible for your life. You can't keep blaming somebody else for your dysfunction. Life is really about moving on. " - Oprah Winfrey



Buat insan-insan yang di luar sana, teman, rakan, sahabat, handai sedarlah anda bukannya bersendirian. Senyum dan pandanglah ke langit yang luas kerana kita berkongsi langit yang sama.

Monday, November 8, 2010

Layu - Malique feat. Tun Dr Mahathir

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai


*
Sangat terasa apabila mendengar bait-bait lirik lagu Layu dan ucapan Tun. Melihat diri sendiri menyebabkan malu sangat sebab belum ada sumbangan terhadap anak bangsa. Melihat diri sendiri yang masih terkapai-kapai mencari tempat berpaut. MALUNYA menusuk kalbu.

Hanya Di Mercu - Ayu

Mimpi dan harapan
Cecita yang tinggi menjulang
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang

Chorus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Mimpi dan harapan bagaikan duri yang mencengkam
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

Chorus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Bridge:
Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian

Chorus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu (2x)

*antara lagu yang sememangnya kena dengan suasana peperiksaan sekarang

Hanya Di Mercu

Sunday, November 7, 2010

Back to Basics: ABC's About You (Apik Murni)

by Mentadak Berkaca Mata on Thursday, November 4, 2010 at 8:19pm

INSTRUCTIONS: Fill out these questions and make a new note called "ABC About You." Don’t forget to tag me because I want to know more about you! (*sebenarnya copy n paste from facebook)


So...what do you wanna know?


A - AVAILABLE: Dunno T.T

B - BIRTHDAY: 3rd Feb

C- CRUSHING ON: hehehe *blushing

D - DRINK YOU LAST HAD: Teh C peng special

E - EASIEST PERSON TO TALK TO: thanks kepada insan2 yg sememngnya memahami n senng untuk berkongsi masalah

F - FAVORITE SONG AT THE MOMENT: Hanyut- Faizal Tahir

H - HOMETOWN: Niah, Miri, Sarawak

I - IN LOVE WITH:Love is buta T.T

J - JUGGLE: huh?? blur @_@

K - KILLED SOMEONE: almost! n akan buat2 betul after byak duit!! muahahahaha >.<

L - LONGEST CAR RIDE: Miri - Kcg . Please lah engineer ciptakan pintu suka hati!!

M- MILKSHAKE FLAVOR:errrmmm~~! minum semua >.<

N - NUMBER OF SIBLINGS:5

O - ONE WISH: I wish a can turn the time ke masa mula2 duluu~~!!

P - PERSON YOU CALLED LAST: si Dia

R- REASON TO SMILE: Menyembunyikan kegusaran d wajah n masalah yg ada.

S - SONG YOU LAST HEARD: Ayat2 Cinta- Rossa

T - TIME YOU WOKE UP:11am

U - UNDERWEAR COLOR: Coklat!! muahahahaha

V - VEGETABLE: Hate veg...

W - WORST HABIT: Mulut yg xda penapis. Mian ckap je~~!!

X - X-RAYS YOU'VE HAD MOST RECENTLY: 1 tahun lalu rasa nya~~! @_@

Y - YOYOS ARE: makanan? mcm shushi ka?

Z - ZODIAC SIGN: Aquarius >.<



RANDOM QUESTIONS ABOUT YOU

Your favorite number/s: dunno. 8 kot? O pun ok? ntah lah~~!

What color do you wear most: biru(jeans) sluar hitam, baju hitam sluar pendek putih!!!

Least favorite color: erm~~! xda semua suka!

What are you listening to: semua janji sedap!! nyum2! mcm mkanan pulak

Are you happy with your life right now: Yup2!! Jgn sesekali menyesal kalau dah buat kputusan (my mom n mt teachers words)

What is your favorite class in school: Math, Sej and BM

Who is/are your best friend/s: kalao sekarg ramai susah nak tulis x cukup ruang! (jwpan selamt supaya x mengecikkan hati mana2 pihak) >.<

Are you outgoing: Ntah lah susah nak buat tafsiran diri sendiri..tp rasa nya YES!!!.

Favorite pair of shoes: Kasut kulit sbb hitam n menwan!! hehehe >.<

Can you dance?: erm pernah try tp.....kalau d teruskan maybe jadi gila!!

Can you tie a cherry stem with your mouth: apa punya soalan daa~~!! rasa nya boleh bila pljar biotek buat ramuan n masuk dalam mesin. tadaaa tukar jadi tali~~~!!

Can you whistle: YES!! Lagu kuch kuch hota hai pun ok!! >.<

Cross your eyes: YEAH!!!!!!

Walk with your toes curled: erm~!! boleh2!! >.<



DO YOU BELIEVE IN...

Do you believe in life in other planets:I cannot simply belief sumthing that not been proven yet(betul ka aku punya grammar)

Do you believe in miracles: hehehe yup2! >.<

Do you believe in magic: Yup! black magic! scary lah. masuk mimpi! *shuh2 go away!!!

Love at first sight: ada2 tp malu n x kesampaian T.T

Do you believe in Santa: No.

Do you know how to swim: akan ku redah laut cina selatan n sungai rajang!! mesti lah malu bha kalau org srawak x pandei brenang! >.<

Do you like roller coasters: YES!!!! Lepas tu menggigil nak terkencing dlam seluar! >.<

Do you think you could handle the stuff they eat on those reality shows: maybe~! blom try blom tau (my dad's words bila aku xmok mkan sayur)

Have you ever been on a plane: mas n air asia untung sebab aku lah!! >.<

Have you ever asked someone out: Yup!! *tp lupa sapa >.<

Have you ever been to the ocean:Rumah di kelilingi sungai n laut mustahil xda ocean..hehehe

Have you ever painted your nails?: inai termasuk ka??



THE WHAT'S

What is the temperature outside?: hujan lebat!! SEJUK!!!!

What radio station do you listen to:naik bus unimas dgr apa2 jak yg d pasang! >.<

What was the last restaurant you ate at: McDonald's dua mlam lepas kot 2 nov 2010 1.00am lebih2 >.<

What was the last thing you bought:teh C peng special

What was the last thing on TV you watched: Drama Ulik Myang TV3 tertengok d opis kolej bunga raya >.<



THE WHO'S

Who was the last person you IM'd: owh dah berkarat dah IM ku..jap IM sama ngan YM ka~~!! *blur~~!!

Who was the last person you took a picture of: Sapa ah?? x ingat lah~~!!

Who was the last person you said I love you to: si Dia


CRYING SECTION

Ever really cried your heart out: yup2 dalam bilik tutup lampu kunci pintu pasang lagu kuat baring sampai tidur! >.<

Ever cried yourself to sleep: Soalan atas menjawab soalan ini >.<

Ever cried on your friend's shoulder: Blom lagi~~!! >.<>

Ever cried over the opposite sex: Hell no!!!

Do you cry when you get an injury:erm hati yg dilukai termasuk ka? *jiwang mode

Do certain songs make you cry: yup2! Maher Zain - Open Your Eyes



HAPPY SECTION

Are you a happy person?: Maybe. Depends ley



LOOK AT ME

What is your current hair color:Hitam blom koler warna oren lagi..tggu~~!! >.<



CURRENTLY WEARING

What shirt are you wearing: Hijau baju Yayasan Sabah, jasamu kan ku kenang, hingga akhir hayat nanti. buat selamanya * laaa berlagu pulak

Pants: seluar kakom hehehe *benda free >.<

Shoes: pakai selipar Doraemon!! tadekopta! ang ang ang~~!! >.<

Necklaces:X pakai dah sejak.......eh lupa lah



IN A GUY

Favorite eye color: Hazel!! behind this hazel eyes ala2 lagu kelly clarkson >.<

Short or long hair: shot or long?? mana2 jak lah labu

Height: pa tok? plu ka aku jawab?



HAVE YOU EVER

Been to jail:Almost!! kuh selamat!! >.<

Mooned someone:*blurr~~~ @_@

Thought about suicide:Yup masa dulu2~~!!

Laughed so hard you cried: Mesti la tp lupa pulak apa kejadian

Cried in school: *hehehe sensitif~~!! ada lah masa kecik kenak marah cigu sbb x siap keja skool

Thrown up in a store: erm x pernah lagi..lalalaalla~~

Wanted to be a model: porn model je lah. maybe laku >.<

Seen a dead body: dah immune dah..nasib baik masuk unimas x nampak byk mayat just mayat katak jak byk >.<

Been on drugs: Cool~~!! ada2 masa makan panadol demam

Gone skinny dipping: ????????



THIS OR THAT

Pepsi or Coke: Pepsi

McDonald's or Burger King: McD!!!! Burger king kalau ada d srawak nang burger king lah..hehe

Single or Group Dates: Prefer single *dah tumbuh tanduk dah >.<

Chocolate or Vanilla: BOTH!! * tamak nya aku

Strawberries or Blueberries: Blueberries!!! wpun x penah mkn yg ori dari ladang! hehehe

Meat or Veggies: MEAT!! Karnivor!! hahaha

TV or Movie: Laptop?? hahah movie bah

Guitar or Drums: erm~!! GAMELAN!! >.<

Adidas or Nike: mahal lah T.T

Chinese or Mexican: Chinese! hohohoho

*fuh punya lah lama mengisik kalu stdy dah siap 3 chapter >.<



Gambar ku! *blushing =)

Antara gambar-gambar yang sempat aku ambil dari facebook kawan-kawan. Bukan curi >.<



Gambar masa cuti intersem. Bersama kawan pergi solat hajat untuk konvoi keamanan mavi marmara yang ditahan pihak Israel



Gambar di McD. Bersama teman-teman yang sememangnya kaki McD



Gambar semasa melawat kampung budaya~~!!



Gambar semasa pakai pakaian daripada kaum kadazan semasa pendaftaran kokurikulum pelajar sem 1 sesi 2010/2011



Gambar semasa main gamelan di Borneo Convention Centre semasa kedatangan PM YAB Najib Abd Razak


*Banyak gambar lagi dalam phone tapi rosak belum baiki T.T

Saturday, November 6, 2010

What do you think?

Apa akan anda fikirkan sekiranya tiba-tiba menerima msg macam ni? Tuah atau Malang?



" Salam. Abang saya mintak maaf sbb selama ini seolah mengongkong abang. Sentiasa msg sehingga merimaskan until tahap mcm psycho. Im really sorry 4 my silly n stupid action. I'll keep in touch with u fm time to time. Enjoy ur life n forget about me. If i know ur gf at the first place im totally ignore u. But nasi sudah jadi bubur. Evnthgh just a few days but it was a memorable moment with u. Salam sayang from your adik. =) "



My friend after he read this he says : Wah, macam tak nak hidup dah!

So i replied : Yup! Mcm dah xnak jadi manusia. Rela jadi lumut tepi jmban je >.<

What do you think?

*segala watak adalah rekaan semata demi menjaga sensitiviti semua pihak

Friday, November 5, 2010

"America" - Yasmin Ahmad

"Like smelling salts
to the senses,
coffee
in an American breakfast.
American coffee aroma;
invisible demons
rising from dusty nuts
and glowing cinders.
Coffee,
like a sweaty African widow;
a frenzied tussle in bed,
leaving you with
scars
that can never go,
smells
you can never forget.

O America.
I have nothing but
praise
for your inadvertent
ways;
your lemming ambitions,
your earnestness
and your endless
speeches;
your humanitarian
inhumanities;
your refined
vulgarities;
your wisdoms
that are almost always
born
out of wedlock,
fathered
by ignorance.

You rape all things native,
erase all things grey,
until all that is left
is like coffee;
black
or white,
good
or bad.

O America.
The world dreams of being like you;
secretly covets
all that is yours,
just as you once coveted
all that was not.

O America.
Coated with stains of
coffees
from faraway lands.
Coffees that sailed
in little Mayflowers.
Coffees that were at first
lean,
were overfed,
became obese
and became
America.

Became
sidewalk cafes.
With large
Anglo-Saxon women
donning French hats
and Italian shoes,
sipping Colombian refills.
Their eyes widen
and their eye-shadow
creases.
Their smiles are wide
and their teeth are many.
They are
inspired,
as they always are,
with an idea,
a big idea,
a larger-than-life idea.

Suddenly,
a Puccini aria becomes
the soundtrack
to a Hollywood movie.
Suddenly,
Mozart’s divertimenti
are gracing
a Tupperware party,
with endless chatter
and rivers of coffee.

They say
a people is the child
of the environment.
As for me,
I don’t know,
I think you are
as you should be.
You are
America.

For certain
I sing my praises for you.
For certain
I raise my cup of
Starbuck
to you.
Perhaps because
I am not you.
Or from you.
Or with you.
Or black
and living among you.

But just the same,
God bless America.
Because if He doesn’t,
God help the world."

Antara sajak yang aku suka dan sangat mendalam maksudnya. What you say?

Monday, November 1, 2010

Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah

*kredit kepada penulis asal sajak ini.

*wah, penuh dengan sawang The Thinker setelah berkurun tidak dikemaskini >.<

Sunday, July 4, 2010

PENIPU!

Kehidupan ini penuh dengan penipuan tetapi penipuan itu bukan suatu yang setiap insan inginkan tetapi sekiranya mengikut situasi pasti ada juga kebaikannya. Kadangkala kebenaran itu mesti walaupun suatu yang pahit. Berikut merupakan perbincangan antara saya dan rakan-rakan setelah saya menge-post kata-kata yang indah ini daripada

"Clever liars give details, but the cleverest don't."- unknown

Perbincangan antara kami berjalan dengan baiknya tanpa ada pergaduhan dan saya rasa perbincangan yang perlu difikirkan.

Ryukiz Cruxz Ryota:tue dia muncul kembali...

Lai Mei Kin:then what the cleverest gives? lol~

Josue Andrew:yes2..

Apik Murni:Ho3..bru jumpa ayat yg best..ho3

Apik Murni
Mei2: x tau jugak..he3
Jos: he3 best kan tipu org..he3

Ryukiz Cruxz Ryota:cleverest tell real fact rite??...is it??..

Apik Murni:Rasa ny x..yg pling bijak menipu akan diam je..sbb kalau diam lagi bkesan penipuan..

Lai Mei Kin:sy rasa.. xde penipu yang paling pandai dlm dunia ini.. yg ada hanya penipu yg RASA dirinya sgt pandai.. pastu dia akn tutup penipuan dia dgn lebih banyak penipuan.. pastu akhirnya semua terbongkar dan dia akan sedar yg dia sebenarnya bkn plng pandai, tapi plng bodoh (sorry bhs kasar. kan sy org kasar. hehe) sbb dia x sedar tiada penipuan yg akn last forever.. hehe

Apik Murni:Mmg xda penipuan yg pandai tp pling bkesan n sukar d cari..contoh ny situasi ini..En.A menipu Puan A tp dia ckap ' I love u! Kau lah bulan bntang ku. Xda prmpuan lain yg prnah siggah d hati ini..akan ku redah lautan api' mesti puan A syak sbb tlalu baik..situasi 2 pula en B ingin menipu puan B..tp en B ckap ' I love u' saja mesti puan B akan pcaya tanpa syak..dan penipuan en B lebih bkesan dr en A..dan en B jugak pandai shingga lma baru kantoi berbnding en A..he3 my opinion lah..ho3

Lai Mei Kin:-.-''' ini situasi yg sexist... drpd seorg lelaki yg tdk memahami hati seorg perempuan.. hehe. penipuan plng berkesan dtg pd penipuan ngan niat baik.. penipuan mcm tu, walaupun kelak org dh tau pasal penipuan tu, mrk pun xkan suarakan.. maksudnya penipuan tu tdk 'jumpa cahaya' (tak pernah diperkatakan). org lain pandangan lain.. hehe

Apik Murni:Ho3 tapi menipu tetap menipu..wpun jrg blaku tp ada sesetgh penipuan itu mnykitkan wpun pada asalny niat sgt baik..rasa ny baik mengatakan kebaikan walaupun pahit..he3

Amirah Farhana:btul2...smpi wjud pepth menipu dmi kebaikan itu sunat..huhuhu...

Apik Murni
Amirah: ha3 mana boleh sebb menipu tetap menainkan peraan org..he3 wpun kmk pun pnah menipu..ho3

Amirah Farhana:hahaha...apik..stiap manusia di dunia ni sume pnh rasa menipulah..bhong kalo seseorg 2 xpnh menipu wlpn sekali..huhuhu....menainkn 2 apa??

Apik Murni:*memainkan perasaan
Amirah: bena ya..mun ada org ckap dia x pnah menipu makna ny dia tgh menipu..ho3

Lai Mei Kin
tak semua penipuan memainkan perasaan org.. asal diri happy org happy sdh la.. ada org kata manusia x suka dengar kata2 yg benar.. so tpaksalah kita menipu spy diorg x sedih.. wpun penipuan dlm apa2 konteks pun x baik, tp penipuan mmg perlu. hidup ni semua x pasti. esk lusa apa berlaku kita x tau. so happy sdh. tipu x tipu tgk keadaan lah.. hehe. dan pastikan diri sendiri dpt lepaskan dari conscience. maksudnya kamu rasa mmg menipu lbh baik drpd berckp benar pd ketika itu? =)

Amirah Farhana
owhhh.....typing error...mm..tau xpe...skong spnuhnye..haha
da btul kata lai td..huu...

Apik Murni
Wah tp wajar kah kita membiarkan insan yg kita tipu terus tertipu? Wajarkah kita menipu insan yg kita syg? Tidak rasa bersalahkah menipu insan yg sesungguh ny menyayangi kita? Tidak kah kita seperti mempermainkan kepercyaan yg ada? Bukankah hubungan terjalin drpd keprcyaan ya ada? Ho3

Amirah Farhana
waaaa....dh mkin serius persoalan ktk tok..hehehe...mmmm..apik, kdg2 mengetahui kbrn leh wt org kita syg trluka..jd biarlah kita menipunye untk smntra wktu shgga dia dpt trima knytn...msa 2 lah kbrn dizahirkan..yuhuuu...

Apik Murni
Amirah: masih byk ruang prbincgn gk..try lah lontar kan idea saudari..mana tau x sama dri buah fikiran sy dan mei2(kami pgil dia mei kin) he3

Lai Mei Kin
sy pulak buat situasi...
A terlepas kapal terbang masa balik cuti raya. terpaksa beli tiket kapal terbang baru rm3xx. bapak A seorg yg garang. kalau tahu A terlepas kapal terbang mmg akn naik angin. dan akn marah2 sampai ibu A sedih dan spoil modd raya. so A pun telefon balik masa tertinggal flight. A bagitau ibu dlm telefon yg flight delay, akn balik lewat bbrp jam.

pastu dh balik rumah saje, A bertindak beritahu ibu the truth sms tgh makan ngan ibu. ibu sebenarnya mmg dh tau dh (sbb dpt teka dh anak kesayangannya tu buat apa). tp A ttp x beritau bapa.

situasi ni tunjukkan, yg A x dpt mengatasi rasa bersalah menipu ibu (sbb dia syg ibu & rasa patut bagitau ibu). tp ini tak bermaksud A tak syg ayah. cuma dlm situasi mcm ni, menipu lbh baik drpd berkata benar.

hohohoho~

Amirah Farhana
hehehhee...opsss....rsa cm jgn pngl mek saudari..wakkakaka...ekkk...mek stju dgn pndpt mei kin..mmmm...mnipu untk gmbirakan hti org kita syg kan pda tmpt n situasi nye x slh...huhu....tppp.....kbnr yang nyta prlu diluahkan juga agr penipuan 2 x diglr penipuan untk slama2nya..huhu..

Amirah Farhana
lai:..menarik juga kisah anda ini...hahahaha....wlpn dlm islam menipu merupakn stu prbuatan tidak baik tp umt2nye sring je trpksa brdpn dgn situasi ini..cm dlm ksh anda td...si anak trpkasa menipu ibunya di prngkt awl n x memebritahu ayahnye....stu prbutan yg krg baik tp sbnrye si anak cuma untk tidk merungsingkn fmily nye..huhuhu.....mmm...di kahnr cerita td si anak ttp akan mmbritahu ksh sbrn apabila smpi pada msanye..huhuhu..jd ksmpln nye menipu pada tmpt n sitausi harus..ohohohohoohoh.....

Lai Mei Kin
=)

Apik Murni
Wah saudari mei kin stlah situasi itu wujud mbuat sya tebuka sdkit..tp mcm mana kalau ayah A tau dia tertipu? Tidak kah dia lagi sedih sbb insan dia syg tipu dia? Dan isteri yg dia syg pun bsubhat dgn A..dah dia mengetahui ny apabila smua org dah tahu..tp ayah A menjadi org yg last tau..he3 saudara(ktk xmok d tunggah saudari tek) he3 amirah tp wajarkah kita trus menipu org yg kita syg? He3

Lai Mei Kin
saudara rafik, rasanya si ayah dah tahu.. tapi si ayah memang sengaja tak luahkan... sebab pun tak nak mengkucar-kacirkan keadaan...
ataupun si ayah memang tak tahu... tapi apa salahnya. yang penting happy sudah... kalau si ayah tahu mesti marah kan? so lebih baik tak tahu (sorry lah, macam ajar korang buat benda yang tak betul pulak) hehe. weeeeeeeee~~~

Amirah Farhana
mmmmmm.....ngegeh...wakkakaka....mmmm....yup....memg xptut sbb 2 penipuan 2 prlu dibongkarkan juga di akhr cerita..huhuhuhu....krana stp tndkn kita wt ada risikonye..n menipu pn ada risikonye...mmm..seseorg 2 dh fkir pnjg sblm menipu..kerana menipu pn bleh dikatakan sbagai satu btuk ktpsn..dh fkir baik n bruknye..huhuhuhu.....lenkan org yang menipu untk kepntgn sdnr memg xptut dimaafkan!!

Apik Murni
Saudari mei2 kalau mcm 2 makna sudah ada penipuan yg x tbongkar..makna ny menipu yg selama2ny ok..he3 tp situasi itu mbuat sy teringat cerita ysmin ahmad di mana anak ny mahu mmberitau ibu ny sesuatu tetapi x berani lalu dia guna jalan selamat mbritahu org gaji ny krana si anak tahu org gaji akan beritahu apa2 rahsia dgn emak ny..melalui org gaji mungkin emak dia xmarah sbb rapat..he3
Saudari amirah tetapi zman skrg agak sukar mencari yg betul2 menipu untuk kebaikan kerana lebih mementingkan diri..ada 2 ada tp jarang sgt..hany special kes..he3

Amirah Farhana
mmmm..yup..tht right...manusia x kn lari dr skp mementgkn d rsdnr..trmsuk ktk,kamek,mei kin mhu pn spa2 di dunia ini..sdkgkn bukti pn leh ditipu...ni pula kata2 manusia..ohohohoohohh....mm....tp pgjrgn di cni...ada kala menipu untk kebahagiaan org trsyg akn trt membahagiakan kta..iihihihiih....wlpn hakikt sbnrye adalh sukr untk dtrima..yuhuuuu

Lai Mei Kin
saudara rafik : dh pernah saudara rafik cerita dh pasal tu.. ^^ mungkin anak tu tau yg ibunya akn beritau ayah segala-galanya.. suami isteri bercerita dan berbual. masa anak2 semua xde kt rumah. mesti masa tu ayah rindu sgt kat anak sampai apa2 cerita pun akn dimaafkan. lagipun, kisah lama, jgn disebut kembali.
mcm mana pulak kalau sepasang kekasih. sgt cinta masing2. tp ibu kpd lelaki tu menolak perempuan tu. atas sbb2 tertentu. demi nk jaga hati perempuan yg dicintai, lelaki tu sanggup telan segala kepahitan dan berbohong, kata kt perempuan tu minta pisah sbb dia (lelaki) dah tak suka perempuan tu.
ni satu penipuan. lelaki tu suka kt perempuan tu. cuma terpaksa tinggalkan perempuan tu sbb dia lbh syg pd ibunya. dan dia sedar dia punyai tanggungjawab terhdp ibunya. so drpd kata 'ibu sy x suka awk' lelaki tu guna 'sy dah tak cinta awk'. hahahahaha~ sorry lah, terlalu banyak tonton drama korea. weeeeeee~

Apik Murni
Amirah: betul2..penipuan plu kan situasi yg betul dan masa yg tepat krana merupakan satu kputsan juga wpun kptsan yg d buat kdg2 kala salah..tp sgla kptsan yg d buat akan mencorakkan masa depan..dan kputsan yg dbuat juga mematangkan kita..he3
Saudari mei2 ini pun satu lagi kes yg terpencil..mesti prmpuan 2 sgt sedih tp tpaksa akur dgn kptsan yg ada..kalau si wanita itu tahu dr awal mungkin dia x dpt menerima ny..dan akan tetap mahu menruskan phubgn..tp tndakan lelaki itu ada juga sdkit betul kerana dia tahu apabila dia mengahwini wanita itu pasti rumah tngga x bhgia kerana suami tcinta akan rasa bslah x tahu mahu plih siapa antara ibu dan isteri..perkelahian antara wanita itu dgn ibu mertua ny akan besar bmula dlam keluarga laki itu dan lama2 akan menybbkan pgduhan antra 2 buah keluarga..mahligai yg ingin d bina menjadi huru hara..akhirny sia2 cinta yg ada..biar laki 2 lepaskan awal tp msg2 msh bhgia dan boleh bhub mjadi kwn drpd suami isteri tp hati tidak tnteram..wah pnjang ny~boleh buat movie..he3

Lai Mei Kin
sy suka ayat2 saudara rafik...
so penipuan tu mmg perlu.. tp sy tegaskan yg wpun perlu, tp tidak mesti. so pandai2 lah buat keputusan...
dan manusia sebenarnya melakukan penipuan stiap hari. tipu diri sendiri. dgn harapan ''harap2 kelas cancel'' ''harap2 assignment tunda'' ''assignment buat esoklah. hari ni rehat'' hohohoho. just a light ending for a heavy discussion ^^

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Inilah serba sedikit yang boleh dikongsi tetapi suatu yang perlu difikirkan dengan lebih mendalam.


























Thursday, June 24, 2010

tragedi belacan

Kehidupan di kampung sememangnya suatu nikmat yang sukar dibayangkan. Keindahan dan kenikmatan yang ada ramai kanak-kanak atau pelajar-pelajar zaman sekarang yang tidak dapat merasainya kerana dijarah oleh kerakusan manusia itu sendiri. Pembangunan ada di mana-mana sehingga habis semua hutan ditebang. Akhirnya rakyat merana.

Sepanjang ingatan aku zaman kanak-kanak di kampung adalah satu zaman yang sungguh indah. Zaman penuh kegemilangan apabila mandi *parit adalah satu kemestian. Berenang ramai-ramai setelah sepanjang hari memancing ikan haruan atau orang kampung memanggilnya dalam Bahasa Vaie, Nyen ulau nyipa . Kemudian masing-masing menunjukkan kehebatan siapa yang dahulu berjaya mendapatkan ikan. Kalau hasilnya besar boleh dipanggang untuk makan tengah hari semestinya semasa di ladang limau setelah kepenatan memetik limau-limau yang masak dan yang paling penting segar dari tangkai! Sememangnya keseronokan yang tidak terperi.

Kawasan kampung yang di kelilingi sungai dan laut sememangnya memberi banyak sumber rezeki. Sekiranya pada musim udang kecil atau panggilan mesranya "cencalok" adalah detik yang tidak boleh dilepaskan. Udang kecil digunakan untuk membuat belacan. Namun perkara yang paling meninggalkan kesan serta impak yang besar pada diri aku adalah tragedi belacan.

Suatu petang semasa membuat belacan seperti biasa aku dan emak akan bersama-sama mengetuk udang kecil supaya lumat menjadi belacan. Seperti biasa apabila anak dan ibu bersama pasti ada cerita yang ingin diluahkan oleh si anak. Begitulah aku meluahkan perasaan tidak suka dan benci kepada seorang pelajar di sekolah. Kemudian emak mengatakan " Tidak pernah emak ajar anaknya membenci orang" menjadikan aku lebih berfikir dan suatu yang wajar direnung.

Betul kata-kata mak aku itu kadangkala kita sememangnya tidak pernah diajar untuk membenci insan lain malah tidak pernah pulak wujud silibus di sekolah yang mengajar subjek "Dengki Manusia". Adakah sifat ini sudah terkandung dalam DNA manusia itu atau hanya persekitaran yang mempengaruhi. Suatu soalan yang sukar untuk dijawab. Keindahan dalam manusia jarang dilihat tetapi keburukan juga yang nampak.

Make yourself free (Jalaluddin Rumi)

Make yourself free from self at one stroke!

Like a sword be without trace of soft iron;

Like a steel mirror, scour off all rust with contrition.




Sunday, June 13, 2010

"the thinker"

Agak pelik dan ajaib tajuk blog "the thinker". Sememangnya janganlah difikirkan sangat tentang tajuk blog ini kerana berfikir adalah satu proses yang mungkin tidak akan berhenti melainkan roh dan badan terpisah. Aku berfikir banyak sangat perkara tapi jarang luahkan. Harap blog ni menjadi wadah untuk aku menyampaikan segala pemikiran aku. Mungkin ada pmikiran yang aku bawa tidak sealiran pada mana-mana puak atau lapisan masyarakat. Janganlah aku dihukum atas kekhilafan itu tetapi sama-sama berfikir tentangnya.

Mari berkenalan dengan aku. Aku seorang yang simple sehingga tahap yang menyampahkan. Mungkin faktor ini menyebabkan aku memilih background yang sesungguhnya tidak berbunga-bunga, berwarna-warni atau berkelip-kelip. Mungkin tahap ke-simple-an aku ni melampau-lampau sebab aku suka menggunakan selipar Jepun-semestinya buatan Malaysia!! Bersiar-siar di sekitar kolej dan tidak mengejutkan kalau aku guna selipar Jepun di fakulti dan shopping complex . Kalau nak cepat seluar track suit dan T-shirt jadi mangsa kalau rajin sikit Jeans jadi mangsa. Rambut pulak jangan ditanya sebab gel dalam bilik yang sepatutnya penggunaan maksimum adalah 3 bulan aku boleh jadikan 6 bulan. Wah!!! Sangat berjimat cermat!! ^.^

Warna pulak semestinya warna kegemaran aku menjadi warna asas "the thinker" iaitu biru, hitam dan putih. Warna biru sememangnya menggambarkan perwatakan aku yang kelihatan tenang bagai air laut dan langit tetapi setenang-tenang air jangan disangka tiada buaya. Biru juga memberi tafsiran yang aku ni memang seorang yang setia tetapi orang yang minat warna biru juga mudah diandai dan sensitif. Walaupun sensitif tetapi aku rasa kadang-kadang tidak sensitif pada bukan tempatnya. Mungkin sudah mengalir dalam genetic!! Seterusnya warna Hitam dan Putih, warna yang pada tafsiran aku warna yang melambangkan saling melengkapi seperti kita manusia yang sememangnya memerlukan insan lain dan alam walaupun pada zahirnya tidak nampak tetapi ada. Seolah-olah warna hitam dan putih seperti konsep yin dan yang yang adanya kebaikan dan keburukan. Walaupun buruk mana sekalipun seseorang mesti ada kebaikan begitu juga sebaliknya.

Binatang aku suka anjing dan kucing. Pernah bela kucing yang comel-comel dan geram sangat sampai tahap nak gigit semua kucing-kucing tu. Kucing dalam rumah aku ni warna putih dan kucing siam. Wah, comelnya! Anjing tak pernah bela lagi dan pernah minta kebenaran Mak hendak bela tapi tidak dipersetuju sebab susah nak jaga. Lagipun anjing kalau dibela susah sebab takut makan anak ayam jiran dan bergaduh dengan kucing. Mak juga cakap kalau anjing tu tidur bawah rumah baru boleh bela sebab tak boleh halau tapi penantian itu satu penyeksaan kerana anjing-anjing tu tidur belakang rumah. Sekarang dah besar dan tak comel. ^.^

Oh, lupa pula unsur yang paling penting dalam "the thinker" adalah GAMBAR aku!. Aku jumpa gambar tu dalam laman sosial Facebook. Kawan tagged-kan. Aku bagi kredit kepada insan yang tangkap gambar aku ni. Suka gambar ni tapi tidak tahu sebabnya kenapa suka. Mungkin disebabkan nampak ceria dan bersemangat! Yang lain tu tak kisah macam jerawat-jerawat yang tumbuh subur kat muka aku sebab mereka adalah sebahagian daripada anda. Menerima diri sendiri seadanya adalah nikmat yang tidak ternilai. Sekarang ni zaman ledakan teknologi maklumat. Kalau buka laman sosial mesti ramai orang guna gambar yang telah 'tercemar-ed' sebab mnjadi mangsa edit.

"Don't dare to be different, dare to be yourself – if that doesn't make you different then something is wrong. " – Laura Baker

Ada betulnya kata-kata Laura Baker tu. Keyakinan itu sangat penting sebab tanpa keyakinan, secantik mana pun seseorang itu pasti akan rasa kekurangan pada dirinya. Selain Laura Baker aku juga suka kata-kata seorang guru aku ni.

"Confident is beauty!" - Ju Mukhter >.<

Test!!

Wah!! Pertama kali membuat blog!! Walaupun nampak simple tapi agak ok. Gambar from fb. I love that pic. Aku x tau nak tulis apa lagi. Blom dapat ilham. Next post baru aku tulis panjang2. 'Keep moving forward' - Walt Disney