Saturday, January 29, 2011

Tom Yam

Tarikh : 29 Jan 2011
Hari : Sabtu

Aktiviti : Makan TOM YAM ramai-ramai di ruang apartmen rumah


Tukang masak:


Sangat misteri tukang masak ni =)


Pemakan yang rakus:



Nampak macam ala-ala mafia pun ada =)

Aku punya bahagian hanya makan dan cuci pinggan. Maaflah tukang masak sekalian sebab tak ada kepakaran dalam masak-masak. Lain kali masak lagi. =)

Thursday, January 20, 2011

Becoming a future zoologist!


Aktiviti menangkap serangga di sekitar UNIMAS.

Bersama-sama 3 orang teman yang sememangnya sangat gembira dan ringan tangan menolong mendapatkan spesimen yang diperlukan. Walaupun bukan kos diorang tapi sanggup tolong aku. Kadang-kadang pertolongan mereka sangat aku risau sebab aku tak tau macam mana nak balas nanti.

Ops! Jom berkenalan dengan 3 orang ni.

Akram , Naza dan Syakir.

Mari berkenalan dengan baju merah.

Nama: Akram
Fakulti : Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Kursus: Sains Kognitif

Baju hitam

Nama: Naza
Fakulti: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
Kursus: Sinematografi

Baju hijau

Nama: Syakir
Fakulti: Fakulti Sains dan Teknologi Sumber
Kursus: Sains Pengurusan Sumber Tumbuhan

Ada juga aku berangan kalau keempat-empat kitorang bergabung mesti hebat. Akram buat database untuk semua specimen yang ada untuk dikatalogkan. Naza sebagai dokumentasi yang ala-ala National Geographic. Manakala Syakir pulak sebagai ahli nutrisi dan pakar dalam habitat haiwan yang ada. Aku pulak seorang ahli zoologi yang pakar dalam bidang taxonomy haiwan. Wah semua akan hebat dalam bidang masing-masing tapi semua tu hanya angan-angan aku.

Terima Kasih semua.