Thursday, June 24, 2010

tragedi belacan

Kehidupan di kampung sememangnya suatu nikmat yang sukar dibayangkan. Keindahan dan kenikmatan yang ada ramai kanak-kanak atau pelajar-pelajar zaman sekarang yang tidak dapat merasainya kerana dijarah oleh kerakusan manusia itu sendiri. Pembangunan ada di mana-mana sehingga habis semua hutan ditebang. Akhirnya rakyat merana.

Sepanjang ingatan aku zaman kanak-kanak di kampung adalah satu zaman yang sungguh indah. Zaman penuh kegemilangan apabila mandi *parit adalah satu kemestian. Berenang ramai-ramai setelah sepanjang hari memancing ikan haruan atau orang kampung memanggilnya dalam Bahasa Vaie, Nyen ulau nyipa . Kemudian masing-masing menunjukkan kehebatan siapa yang dahulu berjaya mendapatkan ikan. Kalau hasilnya besar boleh dipanggang untuk makan tengah hari semestinya semasa di ladang limau setelah kepenatan memetik limau-limau yang masak dan yang paling penting segar dari tangkai! Sememangnya keseronokan yang tidak terperi.

Kawasan kampung yang di kelilingi sungai dan laut sememangnya memberi banyak sumber rezeki. Sekiranya pada musim udang kecil atau panggilan mesranya "cencalok" adalah detik yang tidak boleh dilepaskan. Udang kecil digunakan untuk membuat belacan. Namun perkara yang paling meninggalkan kesan serta impak yang besar pada diri aku adalah tragedi belacan.

Suatu petang semasa membuat belacan seperti biasa aku dan emak akan bersama-sama mengetuk udang kecil supaya lumat menjadi belacan. Seperti biasa apabila anak dan ibu bersama pasti ada cerita yang ingin diluahkan oleh si anak. Begitulah aku meluahkan perasaan tidak suka dan benci kepada seorang pelajar di sekolah. Kemudian emak mengatakan " Tidak pernah emak ajar anaknya membenci orang" menjadikan aku lebih berfikir dan suatu yang wajar direnung.

Betul kata-kata mak aku itu kadangkala kita sememangnya tidak pernah diajar untuk membenci insan lain malah tidak pernah pulak wujud silibus di sekolah yang mengajar subjek "Dengki Manusia". Adakah sifat ini sudah terkandung dalam DNA manusia itu atau hanya persekitaran yang mempengaruhi. Suatu soalan yang sukar untuk dijawab. Keindahan dalam manusia jarang dilihat tetapi keburukan juga yang nampak.

Make yourself free (Jalaluddin Rumi)

Make yourself free from self at one stroke!

Like a sword be without trace of soft iron;

Like a steel mirror, scour off all rust with contrition.




Sunday, June 13, 2010

"the thinker"

Agak pelik dan ajaib tajuk blog "the thinker". Sememangnya janganlah difikirkan sangat tentang tajuk blog ini kerana berfikir adalah satu proses yang mungkin tidak akan berhenti melainkan roh dan badan terpisah. Aku berfikir banyak sangat perkara tapi jarang luahkan. Harap blog ni menjadi wadah untuk aku menyampaikan segala pemikiran aku. Mungkin ada pmikiran yang aku bawa tidak sealiran pada mana-mana puak atau lapisan masyarakat. Janganlah aku dihukum atas kekhilafan itu tetapi sama-sama berfikir tentangnya.

Mari berkenalan dengan aku. Aku seorang yang simple sehingga tahap yang menyampahkan. Mungkin faktor ini menyebabkan aku memilih background yang sesungguhnya tidak berbunga-bunga, berwarna-warni atau berkelip-kelip. Mungkin tahap ke-simple-an aku ni melampau-lampau sebab aku suka menggunakan selipar Jepun-semestinya buatan Malaysia!! Bersiar-siar di sekitar kolej dan tidak mengejutkan kalau aku guna selipar Jepun di fakulti dan shopping complex . Kalau nak cepat seluar track suit dan T-shirt jadi mangsa kalau rajin sikit Jeans jadi mangsa. Rambut pulak jangan ditanya sebab gel dalam bilik yang sepatutnya penggunaan maksimum adalah 3 bulan aku boleh jadikan 6 bulan. Wah!!! Sangat berjimat cermat!! ^.^

Warna pulak semestinya warna kegemaran aku menjadi warna asas "the thinker" iaitu biru, hitam dan putih. Warna biru sememangnya menggambarkan perwatakan aku yang kelihatan tenang bagai air laut dan langit tetapi setenang-tenang air jangan disangka tiada buaya. Biru juga memberi tafsiran yang aku ni memang seorang yang setia tetapi orang yang minat warna biru juga mudah diandai dan sensitif. Walaupun sensitif tetapi aku rasa kadang-kadang tidak sensitif pada bukan tempatnya. Mungkin sudah mengalir dalam genetic!! Seterusnya warna Hitam dan Putih, warna yang pada tafsiran aku warna yang melambangkan saling melengkapi seperti kita manusia yang sememangnya memerlukan insan lain dan alam walaupun pada zahirnya tidak nampak tetapi ada. Seolah-olah warna hitam dan putih seperti konsep yin dan yang yang adanya kebaikan dan keburukan. Walaupun buruk mana sekalipun seseorang mesti ada kebaikan begitu juga sebaliknya.

Binatang aku suka anjing dan kucing. Pernah bela kucing yang comel-comel dan geram sangat sampai tahap nak gigit semua kucing-kucing tu. Kucing dalam rumah aku ni warna putih dan kucing siam. Wah, comelnya! Anjing tak pernah bela lagi dan pernah minta kebenaran Mak hendak bela tapi tidak dipersetuju sebab susah nak jaga. Lagipun anjing kalau dibela susah sebab takut makan anak ayam jiran dan bergaduh dengan kucing. Mak juga cakap kalau anjing tu tidur bawah rumah baru boleh bela sebab tak boleh halau tapi penantian itu satu penyeksaan kerana anjing-anjing tu tidur belakang rumah. Sekarang dah besar dan tak comel. ^.^

Oh, lupa pula unsur yang paling penting dalam "the thinker" adalah GAMBAR aku!. Aku jumpa gambar tu dalam laman sosial Facebook. Kawan tagged-kan. Aku bagi kredit kepada insan yang tangkap gambar aku ni. Suka gambar ni tapi tidak tahu sebabnya kenapa suka. Mungkin disebabkan nampak ceria dan bersemangat! Yang lain tu tak kisah macam jerawat-jerawat yang tumbuh subur kat muka aku sebab mereka adalah sebahagian daripada anda. Menerima diri sendiri seadanya adalah nikmat yang tidak ternilai. Sekarang ni zaman ledakan teknologi maklumat. Kalau buka laman sosial mesti ramai orang guna gambar yang telah 'tercemar-ed' sebab mnjadi mangsa edit.

"Don't dare to be different, dare to be yourself – if that doesn't make you different then something is wrong. " – Laura Baker

Ada betulnya kata-kata Laura Baker tu. Keyakinan itu sangat penting sebab tanpa keyakinan, secantik mana pun seseorang itu pasti akan rasa kekurangan pada dirinya. Selain Laura Baker aku juga suka kata-kata seorang guru aku ni.

"Confident is beauty!" - Ju Mukhter >.<

Test!!

Wah!! Pertama kali membuat blog!! Walaupun nampak simple tapi agak ok. Gambar from fb. I love that pic. Aku x tau nak tulis apa lagi. Blom dapat ilham. Next post baru aku tulis panjang2. 'Keep moving forward' - Walt Disney