Tuesday, May 10, 2011

Hari-hari Keputusan


Antara perkara yang aku pelajari dari ibuku.

Pernah aku ceritakan kepada mak aku tentang perkahwinan. Aku cakap " Mak kahwinkanlah Apik pada mana-mana perempuan yang mak suka " . Aku sangat terkejut atas jawapan yang mak aku berikan kerana jauh dari yang aku sangkakan sebab tak macam dalam drama/filem *selalunya mak yang mengatur perkahwinan anaknya. Mak aku cakap " Mak tak nak cari menantu takut jadi sesalan kemudian hari. Nanti mak yang dipersalahkan menjodohkan salah pilihan. Buatlah pilihan sendiri ".

Senario kedua pulak. Aku baru saja membeli sebuah telefon Sony Ericsson yang berharga sangat mahal. Rasanya tak perlu aku katakan harganya di sini. Sepatutnya reaksi seorang ibu akan cakap " Membazirnya membeli telefon mahal-mahal nanti gunanya SMS dan Call " dan sesungguhnya sangkaan aku salah lagi. Mak aku berduet bersama mak cik aku cakap " Tak apa biar ja nanti untuk jadikan pengalaman di kemudian hari ". Lama aku fikir dan aku sedar baru sekarang sebabnya.

Kedua-dua senario yang aku paparkan tadi mengenai keputusan yang kita buat. Ya! Keputusan yang kita buat! Tentang apabila telah membuat keputusan jangan sesekali menyesal dengan keputusan yang dibuat.

Friday, May 6, 2011

Hari-hari Benci


Tiba-tiba teringat keluarga dan rumah. Maklumlah hujung semestar semua orang tengah sibuk berkemas dan balik rumah. Ok! Stop! Tak berkaitan tajuk pun perkara yang aku tulis. ^.^Cepat kembali ke pangkal jalan <---makin merepek LOL.

Teringat masa kanak-kanak dulu. Pak Cik aku merupakan seorang pemimpin di kawasan aku. Bolehlah aku katakan dihormati oleh semua bangsa di sekitar. Pandangan beliau sangat diambil kira oleh semua penduduk sekitar sehingga lah sampai penyelesaian segala masalah atau pergaduhan.

Teringat satu kisah dia menyelesaikan masalah gaduh sampai kedua-dua pihak yang minta rundingan gaduh lagi depan pak cik aku sampai tahap masing-masing melontarkan kata-kata nak bunuh satu sama lain. Tapi dengan tenangnya pak cik aku cakap :

" Buat apa nak bunuh ni , tak menyelesaikan masalah nanti lambat laun semua mati jugak. Baik bawa berbincang selesaikan masalah bersama. Ada juga faedahnya ".

Itulah antara sebab kenapa aku jarang bergaduh. Walaupun dalam hati ada perasaan benci dan marah. Baik diam dan teruskan hidup =)