Thursday, June 24, 2010

tragedi belacan

Kehidupan di kampung sememangnya suatu nikmat yang sukar dibayangkan. Keindahan dan kenikmatan yang ada ramai kanak-kanak atau pelajar-pelajar zaman sekarang yang tidak dapat merasainya kerana dijarah oleh kerakusan manusia itu sendiri. Pembangunan ada di mana-mana sehingga habis semua hutan ditebang. Akhirnya rakyat merana.

Sepanjang ingatan aku zaman kanak-kanak di kampung adalah satu zaman yang sungguh indah. Zaman penuh kegemilangan apabila mandi *parit adalah satu kemestian. Berenang ramai-ramai setelah sepanjang hari memancing ikan haruan atau orang kampung memanggilnya dalam Bahasa Vaie, Nyen ulau nyipa . Kemudian masing-masing menunjukkan kehebatan siapa yang dahulu berjaya mendapatkan ikan. Kalau hasilnya besar boleh dipanggang untuk makan tengah hari semestinya semasa di ladang limau setelah kepenatan memetik limau-limau yang masak dan yang paling penting segar dari tangkai! Sememangnya keseronokan yang tidak terperi.

Kawasan kampung yang di kelilingi sungai dan laut sememangnya memberi banyak sumber rezeki. Sekiranya pada musim udang kecil atau panggilan mesranya "cencalok" adalah detik yang tidak boleh dilepaskan. Udang kecil digunakan untuk membuat belacan. Namun perkara yang paling meninggalkan kesan serta impak yang besar pada diri aku adalah tragedi belacan.

Suatu petang semasa membuat belacan seperti biasa aku dan emak akan bersama-sama mengetuk udang kecil supaya lumat menjadi belacan. Seperti biasa apabila anak dan ibu bersama pasti ada cerita yang ingin diluahkan oleh si anak. Begitulah aku meluahkan perasaan tidak suka dan benci kepada seorang pelajar di sekolah. Kemudian emak mengatakan " Tidak pernah emak ajar anaknya membenci orang" menjadikan aku lebih berfikir dan suatu yang wajar direnung.

Betul kata-kata mak aku itu kadangkala kita sememangnya tidak pernah diajar untuk membenci insan lain malah tidak pernah pulak wujud silibus di sekolah yang mengajar subjek "Dengki Manusia". Adakah sifat ini sudah terkandung dalam DNA manusia itu atau hanya persekitaran yang mempengaruhi. Suatu soalan yang sukar untuk dijawab. Keindahan dalam manusia jarang dilihat tetapi keburukan juga yang nampak.

Make yourself free (Jalaluddin Rumi)

Make yourself free from self at one stroke!

Like a sword be without trace of soft iron;

Like a steel mirror, scour off all rust with contrition.




No comments:

Post a Comment